Follow Us @Koleksi Buku Khadijah

Buku Kanak-Kanak : Boleh Gobi Bantu

Boleh Gobi Bantu?: Awak Percayakan Saya?

Gobi keluar daripada menuju ke hutan secara senyap-enyap tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan. Dia mahu membuktikan kebolehan dirinya berdikari tanpa bantuan sesiapa. Namun bahaya tidak memilih mangsa. Hari sudah senja dan Gobi cemas bagi mencari jalan pulang. Mujurlah dia dibantu oleh sebuah batu bercahaya. Namun, ada pihak yang tidak senang dan cuba merampas batu itu. Dalam kembara ini, Gobi belajar bagi bercakap benar dan bertahan dengan kebenaran tersebut. Selamatkah Gobi?


Gobi keluar menuju ke padang rumput

Gobi berasa pening dan berehat di sebuah gua

Gobi bertemu dengan sebiji batu bercahaya

Gobi dikacau oleh Harimau Kumbang, Ular, dan dubuk yang mahukan batu itu

Gobi diselamatkan oleh seekor burung hantu.


Perbezaan fizikal dan jenis tidak membataskan hubungan persahabatan. Ketika Gobi sedang asyik bermain bersama Gor, Gru, dan Pick, mereka dikejutkan dengan tangisan seekor anak zirafah yang terjatuh ke dalam lubang. Mereka bersatu padu bagi menyelamatkan anak zirafah itu. Mereka menggunakan kreativiti masing-masing bagi mangangkat anak zirafah yang keletihan itu. Berjayakah mereka?

Gobi, Gru, dan Pick sedang bermain bersama

Mereka terlihat seekor anak zirafah di dalam sebuah lubang yang dalam

Mereka bekerjasama bagi membantu anak zirafah ini.




 Boleh Gobi Bantu?: Seronoknya Membantu Kawan

Gru dan Pick mengadakan sambutan hari lahir secara mengejut untuk Gobi. Gobi berasa gembira dengan sambutan hari lahir itu. Mereka makan dan bermain bersama-sama. Tangisan seekor rama-rama mengejutkan Gobi, Gru, dan Pick. Selepas disiasat, rupanya-rupanya si rama-rama tidak dapat menyertai kumpulan kawan-kawan kerana kakinya tersangkut pada kepompong. Gobi dan rakan-rakannya cuba membantu menghantar si rama-rama.


Gru dan Pick mengadakan sambutan hari lahir untuk Gobi.

Mereka membawa Gobi ke tasik. Di situ mereka bermain dan makan sepuasnya.

Tiba-tiba mereka terlihat seekor rama-rama yang tersangkut kakinya pada kepompong.

mereka cuba membantu rama-rama tu dan menghantarnya kepada kumpulan rama-rama yang lain



Boleh Gobi Bantu? Berbeza itu Menyeronokkan!

Dilahirkan dengan rupa paras yang berbeza sedikit sebanyak membataskan pergaulan Gobi bersama gorila-gorila yang lain. Dengan kulit yang sensitif dan warna bulu yang berbeza, Gobi hanya boleh bermain pada waktu malam. Pada suatu malam, Gobi berasa bosan dan keluar bersiar-siar mencari sahabat. Malangnya, semua binatang di dalam hutan itu enggan berkawan dengannya. Secara tidak sedar, dia sudah semakin jauh dari kawasannya. Adakah Gobi akan bertemu dengan haiwan yang sudi berkawan dengannya? Adakah dia akan berjaya pulang ke kawasannya?


Gobi dilahirkan dengan fizikal yang berbeza dengan gorila yang lain

Dia sukar mendapat kawan kerana perbezaan itu

Pada suatu hari dia keluar berjalan-jalan bagi mencari kawan

Dia bertemu dengan bermacam-macam jenis haiwan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harga Buku : RM9.90
Jumlah Muka Surat : 40

Untuk pertanyaan/ pembelian, boleh pm/Whatsapp https://www.wasap.my/60133768605

0 comments:

Post a Comment

 
2012 KEDAI BUKU KHADIJAH | Blogger Templates for HostGator Coupon Code Sponsors: WooThemes Coupon Code, Rockable Press Discount Code